Bolak balik angkasa Buran (
bahasa Rusia: Буран, "ribut salji"), bernombor siri 11F35 K1, merupakan satu-satunya
bolak balik angkasa yang sempurna disiapkan dan beroperasi sebagai kapal angkasa daripada
program Buran Kesatuan Soviet. Ia hanya terbang sekali, dalam tahun 1988, sebelum program itu dibatalkan dalam tahun 1993. Kapal angkasa lepas ini musnah dalam satu keruntuhan hangar pada 2002.Sebagaimana bolak balik angkasa Amerika, Buran, semasa bergerak dari tapak pendaratan kembali ke kompleks pelancaran, diangkut di belakang pesawat jet yang besar. Ia menunggang pesawat
Antonov An-225 Mriya, yang direka bagi tujuan ini dan kekal sebagai pesawat udara terbesar di dunia.Beberapa bolak balik angkasa telah dibina, satu darinya,
OK-GLI di ubah suai untuk terbang dengan enjin jet bagi ujian aerodinamik. Satu bolak balik angkasa olok-olok dicat (bekas diguna bagi ujian statik
OK-TVA) kini merupakan satu permainan simulasi penerbangan angkasa di
Taman Gorky,
Moscow. OK-GLI dijual oleh bekas pemiliknya NPO Energia, dihantar melalui kapal ke Sydney di Australia dan akhirnya dipamerkan di Sukan Olimpik Sydney pada 2000. Tidak lama selepas itu, pemilik barunya jatuh muflis dan bolak balik angkasa OK-GLI dihantar ke
Bahrain untuk selama beberapa tahun sementara status pemilik rasmi diputuskan. Bolak balik angkasa (OK-GLI) Sydney/Bahrain diambil-alih oleh
Technikmuseum Speyer,
Jerman pada 2004,
[2] dan telah diangkut ke muzium, di mana ia akan menjadi pesawat ulang-alik asali pertama di dunia yang dipamerkan kepada orang awam.